blog alang bidara

January 2, 2007

Penulisanku Masih Diteruskan Walaupun Secara Sedikit-Sedikit

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 10:27 am

Sudah masuk tahun masehi 2007, tetapi penulisanku masih bergerak secara perlahan.

Namun ia tidak terhenti dengan begitu sahaja.

Pencarian bahan berterusan dan penulisan travelogue yang baharu sudah dimulakan. Begitu juga penulisan buku poligami juga sudah hampir melepasi separuh siap.

Semoga tahun 2007 membawa tahap penulisan yang lebih maju dan lebih jumlahnya bukunya.

December 7, 2006

“Aku, Orkid dan Blog!”

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 2:57 pm

Walau pun saya telah menulis ‘ikrar seorang penulis’ tetapi nampaknya output penulisan saya jadi begitu berkurangan sejak seminggu dua ini?

Adakah sebab saya gemar membeli orkid? Atau adakah saya suka update blog dan tulis komen di dalam blog UNIKAPTS?

Namun pengumpulan data untuk buku poligami sedang dan masih saya usahakan.

Biar pun sedikit, tetapi tetap ada…

Demikianlah serba sedikit tentang “Aku, Orkid dan Blog!”

November 18, 2006

IKRAR SEORANG PENULIS

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 1:50 pm

Saya seorang penulis kerana saya sendiri yang memilih untuk menjadi penulis.

Saya sedar untuk mencapai tahap seorang penulis yang berwibawa saya sanggup untuk melalui proses latihan yang panjang dan memakan masa yang lama, kerana saya hanya mampu berkarya di waktu yang terluang dan dengan tenaga yang tersisa.

Saya sendiri yang memilih jalan ini, maka saya sendirilah menghadapinya.

Saya akan meneruskan perjuangan ini.

(alang kelana) (alang bidara) (“seorang penulis”)

Travelogue dan Jibunsyi

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 12:44 pm

 Kini saya telah mencapai ke episod tambahan ke 10 di dalam penulisan travelog saya, dan sudah mengumpul bahan untuk penulisan travelog yang kedua. Untuk catatan kedua ini saya akan menulis tentang maklumat dan kejadian yang berkisar di sekitar tanah air.

Di dalam penulisan jibunsyi pula, saya mula bersemangat untuk menulisnya setelah menghadiri bengkel yang dipimpin oleh Sifu sendiri di hari sabtu yang lalu.

Walaupun saya tidak dapat hadir di bengkel hari ahadnya, kerana menghadiri majlis konvokesyen anak saya, namun ia tidak menghalang saya menghasilkan episod-episod pengenalan jibunsyi saya.

Baru sahaja memulakan jibunsyi pertama, saya sudah mendapat idea bagi dua jibunsyi susulan, ini yang menambahkan tekanan saya untuk mendidisplinkan diri menumpukan perhatian saya kepada perjalanan penulisan ini.

Saya akan meneruskan perjuangan ini, insya Allah.

Bersambung Selepas Hari Raya (1.11.2006)

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 12:43 pm

Setelah menyepi di arena penulisan travelogue, saya mulakan episod tambahan malam tadi.

Walaupun pada mulanya terasa berat sekali untuk memulakannya, tetapi setalah saya tulis ayat pertama, maka ayat-ayat berikutnya begitu mudah tercipta dan setelah selesai perenggan pertama, pererggan-perenggan berikutnya senang sekali ditulis.

Saya berhasrat siap menulis kesemua episod-episod tambahan saya di dalam masa dua minggu ini.

Saya juga sudah mendapat idea bagi memulakan buku travlogue yang kedua saya. Cuma hendak mendapat ‘lampu hijau’ dari Sifu dulu sebelum memulakannya.

Travelogue Episod 60 & episod tambahan (29.10.2006)

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 12:41 pm

Setelah cuti Hari Raya dari 20 Oktober 2006 sehingga 26 Oktober 2006 saya berjaya menulis kesemua episod (61 episod) dan email kepada Sifu.

Semasa berada di Kg Baru Jara, Pahang saya menerima sms dari Sifu supaya menambah entri. Jadi buat masa ini saya sedang menyiapkan entri-entri tambahan tersebut, dan akan email kepada Sifu.

Jibunsyi pertama saya sudah di email kepada Sifu, dan dia komen jalan cerita jibunsyi itu luar biasa. Sekarang dia memikirkan cara bagi melatih saya supaya dapat menulis jibunsyi yang senang di adaptasi ke filem, malah suapaya ianya menjadi cerita evergreen.

Saya merasakan perubahan ke arah cara penulisan saya yang lebih baik dan keyakinan diri saya bertambah.

Perlu segera siapkan Travelogue & cuba Jibunsyi pula (19.10.2006)

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 12:33 pm

Sifu beri ‘hint’ supaya saya segera siapkan travelogue, jika hendak menjadi penceramah.

Dan belum siapa travelogue, Sifu minta sinopsis jibunsyi pula, ini bererti saya perlu bekerja keras semasa cuti hari raya.

Saya tiada halangan untuk berbuat begitu – inilah pilihan saya dan saya mesti sanggup mendapatkan apa yang telah saya rancangkan. Lagi cepat siapkan latihan “perantis penulisan” ini, maka lagi cepatlah tercapainya apa yang saya ‘rancangkan’ itu.

Travelogue Setengah Jalan (17.10.2006)

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 12:31 pm

Penulisan travelogue (buku pertama) saya sudah sampai separuh jalan.

Saya berhasrat menyiapkannya sebelum hari raya. Sekurang-kurangnya di hari raya saya dapat mencari idea baru untuk buku yang baru.

Saya juga dapat mulakan penulisan jibunsyi. Ini pun buku sulung saya.

Mesti tulis perkara yang kita gemar (14.10.2006)

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 12:29 pm

Sudah selesai episod 28 travelogue saya.

Sifu gunakan tulisan saya itu sebagai contoh kepada bakal-bakal penulis travelogue yang lain.

Saya berpendapat saya mesti menulis mengenai perkara-perkara dan isu-isu yang saya gemari dan minati sahaja.

Kalau yang bukan diminati, maka saya tidak menulis secara peduli akan satu-satu isu atau perkara itu. (You must be sympathetic to the subject you write about, else you will not write with care; and your writing will be inundated with hate, contempt and innuendos).

Saya akan teruskan menulis.

Episod 26, Jibunsyi dan Blog Poligamy (12.10.2006)

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 12:26 pm

Travelogue sudah mencapai Episod ke 26 dan saya telah hampir berjaya menulis dua episod sehari, dengan harapan akan selesai buku travelogue sulung saya itu sebelum tarikh 1 Syawal 1427 ? 24 Oktober 2006).

Novel Jibunsyi pula baru saya selesai menulis plot dan bab-bab dan masih terhenti di peringkat penulisan sinopsis. Sifu telah kata sudah selesai bab itu, cuma perlu buat episod-episodnya. Yang sesuai elok buat sampai 200 episod (scenes).

Di masa yang sama saya juga menceburi bidang terjemahan projek Sherlock Holmes, walaupun prsetasi masih di peringkat belum cemerlang. Pak Rastom sudah mencapai prestasi membanggakan.

Oleh kerana saya lihat respons kepada entri tentang poligami di laman Sifu yang begitu rancak Diskusi Kuliahnya, maka saya membuka ‘blog khas’ untuk menulis tentang poligami.

Mungkin saya tidak sempat atau berupaya menyertai penulisan buku tip-tip poligami sekurang-kurangnya saya dapat berbincang tentang poligami sebagai seorang yang berilmu tentang subject itu. Sifu pun ada tinggalkan komen di blog khas itu!

Older Posts »

Blog at WordPress.com.