blog alang bidara

November 18, 2006

Episod 26, Jibunsyi dan Blog Poligamy (12.10.2006)

Filed under: Uncategorized — Imran Yusuf @ 12:26 pm

Travelogue sudah mencapai Episod ke 26 dan saya telah hampir berjaya menulis dua episod sehari, dengan harapan akan selesai buku travelogue sulung saya itu sebelum tarikh 1 Syawal 1427 ? 24 Oktober 2006).

Novel Jibunsyi pula baru saya selesai menulis plot dan bab-bab dan masih terhenti di peringkat penulisan sinopsis. Sifu telah kata sudah selesai bab itu, cuma perlu buat episod-episodnya. Yang sesuai elok buat sampai 200 episod (scenes).

Di masa yang sama saya juga menceburi bidang terjemahan projek Sherlock Holmes, walaupun prsetasi masih di peringkat belum cemerlang. Pak Rastom sudah mencapai prestasi membanggakan.

Oleh kerana saya lihat respons kepada entri tentang poligami di laman Sifu yang begitu rancak Diskusi Kuliahnya, maka saya membuka ‘blog khas’ untuk menulis tentang poligami.

Mungkin saya tidak sempat atau berupaya menyertai penulisan buku tip-tip poligami sekurang-kurangnya saya dapat berbincang tentang poligami sebagai seorang yang berilmu tentang subject itu. Sifu pun ada tinggalkan komen di blog khas itu!

1 Comment »

  1. Tuan Alang, memang betul, respons poligami tu hangat…di alam nyata pun pasti hangat….kalau dapat ..di halaman sekapur sirih tu..elok kita jemput ulama, mufti, isteri muda beri kata kata aluan ..hahahha

    Comment by rastom — November 25, 2006 @ 12:03 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.