Elok dimulakan dengan dialog macam Surah Yusof.
Suatu yang perlu difikirkan dengan teliti sebelum mendapat idea dialog bagaimana yang sesuai digunakan.
Contoh sinopsis Sifu telah emailkan untuk memulakan novel jibunsyi.
Elok dimulakan dengan dialog macam Surah Yusof.
Suatu yang perlu difikirkan dengan teliti sebelum mendapat idea dialog bagaimana yang sesuai digunakan.
Contoh sinopsis Sifu telah emailkan untuk memulakan novel jibunsyi.
Kini saya sudah mencapaiEpisod 22 Travelogue Sudan. Penulisan semakin improved.
Dalam bidang penulisan novel pula saya sudah menyiapkan plot dan jalan ceritanya. Tinggal nak siapkan episod-episod, dengan cara bayangkan saya menulis skrip untuk filem. Sifu cadangkan saya siapkan 200 episod.
Sekali tenguk 200 episod itu kelihatan banyak, tetapi kalau siapkan 5 episod sehari tidak sampai sebulan akan siaplah episod-episod itu.
Saya mesti teruskan…
Episod “percubaan” diterima dengan pertukaran tajuk.
Saya mesti belajar menggunakan tajuk yang membuat pembaca tertarik untuk membaca catatan perjalanan saya.
Episod 7 pula boleh dipecahkan kepada dua episod. Ini perkembangan menarik.
Sudah sampai Episod “Percubaan” seperti yang Sifu katakan itu.
Semoga dapat satu sinopsis lagi dan bererti buku kedua akan menyusul tidak lama selepas buku “sulong” disiapkan.
Semakin mencabar kerana waktu terhad di bulan Ramadhan ini.
Sep 24, 2006
Episod 5 saya diemail kembali dengan siap ditandakan BM rendah yang telah saya gunakan.
Saya kena berhati-hati ketika menulis.
Elakkan penggunaan BM rendah, sebaliknya gunakan BM tinggi. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang dipelajari.
Saya rasa penulisan saya sudah bertambah baik.
Setakat hari ini saya dah siapkan Episod 5. Episod 3 dan 4 sudah ditulis semula tetapi sedikit sahaja yang perlu diperbaiki.
Semoga saya akan terus ke episod-episod berikutnya dengan secara istiqamah.
Saya akan teruskan menulis, kerana sebagai penulis, setiap bait puisi yang kita nukilkan, setiap ayat yang kita tintakan ke helaian papyrus, maka bertambahlah satu lembaran lagi di dalam catitan pengalaman kita.
Setiap cerpen yang kita siapkan, setiap novel yang kita hasilkan dan setiap entri tambahan di dalam blog kita, akan meningkatlah darjat “kepenulisan” dengan suatu tingkat.
Setiap kritikan yang diterima terhadap tulisan kita (walaupun mungkin dengan niat hasad dengki dan cemuhan dari pihak pengkritik), akan meningkatlah maqam kita sebagai seorang penulis di alam martabat para cendikiawan.
Semoga saya akan istiqamah di bidang penulisan yang saya pilih ini.
Sama ada selang sehari atau di hari yang sama saya mendapat maklum-balas dari Sifu.
Saya perlu tulis semula episod itu tanpa menggunakan “saya” , “kami” atau “penulis”. Dengan menggunakan perkataan-perkataan ini saya telah menjadikan diri saya fokus, sedangkan yang diberi fokus ialah cerita travelogue itu.
Walau pun saya merasa sedikit susah tetapi demi semangat dan keinginan yang membara saya berazam untuk mengharungi apa jua kepayahan dan cabaran di dalam menjadi penulis yang mempunyai identiti sendiri.
Saya tulis semula dan email hari ini juga, dengan harapan tulisan saya sudah meningkat satu tahap lagi, walaupun mungkin masih di peringkat ‘apprentice’. Setiap penulis perlu menjalani tahap ‘perantis’ ini.
Hari Sabtu aku mula ‘tution’ dengan Puan Sifu dengan menulis entri pertama bagi buku Travelogue.
Sinopsis buku telah aku siapkan dan Sifu mengarahkan aku menulis bab pertama dan setelah aku email kepada dia, dia membalasnya pada hari yang sama.
Aku telah membuat pembetulan pada entri aku itu dan email kembali kepada beliau.
Aku berharap aku dapat meneruskan ‘tution’ yang membuka lembaran sejarah baru dalam dunia penulisanku sehingga ke tahap yang berjaya.
Hari ini saya baiki blog ini yang dulunya merupakan blog global logistics, kini menjadi blog yang akan merakamkan sejarah perjalanan hidup saya sebagai seorang penulis.
Dulu saya tulis journal ini di dalam yang lain, tetapi oleh kerana keadaan blog itu yang tidak menggembirakan saya, maka saya membuat keputusan memindahkannya ke WordPress.
Catatan perjalanan ini ialah sesuatu yang personal dan oleh yang demikian ia akan berbentuk individualistik.